My Novel

Tuesday, November 12, 2013

CAMERON HIGHLAND (PART 3)

Okay..kita sambung entry terakhir percutian di Cameron Highland. Pagi hari terakhir di sini, kami pergi ke Kea Farm. Memang tempat ini menjadi tumpuan untuk membeli belah pelbagai sayur2, strawberry, cenderahati dan sebagainya. Tempat ini taklah besar sangat tetapi ramai sungguh dengan orang. Nasib baik berjaya parking di tempat yang dekat sikit...


Hubby dan Aimee berjalan2 di Kea Farm...


Key chai yang banyak tergantung2. Kebanyakkannya gambar strawberry yang menjadi trade mark Cameron Highland.


Aimee memang suka benda2 yang tergantung macam ni. Cepat saje tangan dia mencapai...


Sayur2 an yang segar2 hasil dari tanaman di sini.


Keledek2 ini agak fames di sini. Rasanya sedap dan manis.


Aneka jualan teh, jem dan banyak lagi...


Tengok tu saya memborong keledek. Khusyuk betul...


Sempat berpossing...


Balik saja dari Kea Farm, si kecil ini sudah keletihan...


Aimee di samping anak2 patung yang sempat ummi sambar semalam. 

Itulah cerita bercuti di Cameron Highland. Seronok juga ke sini. Paling seronok bila dapat bawa anak jalan2. Gembira tengok dia happy walaupun dia masih tidak tahu ke mana dia pergi. Yang dia tahu...berjalan dan berjalan...hehe...See you at next entri...

No comments: