Salam kepada semua pembaca blog saya..
Nampaknya blog saya ni sudah bersarang..sudah lama tidak update..
Maaf ye..hehe..
Sebelum saya pergi ke entry hari raya, saya nak kongsi cerita ini bersama..
Supaya tak ada orang akan tanya kenapa dengan Aimee apabila tengok gambar raya nanti..
Aimee kena chicken pox..Aduh, kesiannya Aimee..Berjangkit daripada kanak-kanak di nursery. Aimee baru 10 bulan masa ni. Kesian betul tengok dia. Meragam ajer. Maklumlah, badan tak sedap dan gatal-gatal..
Hari ke dua..dah banyak bintik-bintik kat badan Aimee. Time ni Aimee demam. Suhu dia tinggi betul. Oleh kerna demam agak tinggi, saya bawa Aimee ke hospital dan Aimee terpaksa di tahan wad.
Hari ketiga..Muka pun penuh dengan chicken pox. Time ni kat wad. Aimee nangis ajer. Lenguh tangan asyik dukung dia. Letak tak mahu, Saya dan mak bergilir-gilir jaga Aimee. Petang pula, bergilir dengan hubby.
Kesian betul tengok Aimee masa ni. Kalaulah boleh ambil chicken pox dia, biarlah ummi yang kena..
Malam ke dua di hospital barulah Aimee baik sedikit. Kurang meragam. Mungkin sudah sembuh sedikit. Dua malam tiga hari saya dan hubby berkampung di hospital..Demi Aimee, tak mengapa. Asalkan Aimee sihat..ummi cukup bersyukur...
Ummi sayang adik...
No comments:
Post a Comment