My Novel

Thursday, March 31, 2011

Cuti Itu Pelik...



Hari AHAD yang lepas...saya tidak bekerja...
Situasi ini mengundang pelik pada abah n mak saya...
Saya tak kerja?...

Jadi...ini dialog antara saya dan abah...
Time ni tengah iron baju...
Abah tanya...
"Ngah, kau tak kerja ke hari ni?"
"Tak"
"Cuti?"
"Ya, cuti,"
"Cuti apa?"
Saya memandang abah...
"Cuti AHAD lah,"
"Kau ambil Annual Leave ke?"
"Tak adalah,"
"Dah tu?"
"Nak cuti hari AHAD, tak payah ambil AL,"
Abah da pelik saya bercuti...

10 minit kemudian...
Mak pulak masuk bilik...
Maka wujudlah dialog antara saya dan mak...
"Kau cuti ke?"
"A'ah,"
"Kenapa cuti?"
"Saja,"
"Dah tu kau bangun je bila mak kejut pagi tadi,"
Saya pandang mak...
"Kalau tak kerja, tak boleh bangun pagi ke?"
Mak tersengih2...bercampur pelik anaknya yang seorang ni bercuti...

Dan adik saya pula...
"Kau cuti?...cuti apa?"

Itulah yang terjadi bila saya bercuti...
Walaupun cuti hari AHAD yang sememangnya cuti!!!

Isy..diaorang ni...Cuti hari AHAD pun pelik ke?...


2 comments:

Quantity Surveyor said...

beb..ko cuti..mmgla pelik.. setahu aku selama aku idup ngn ko.. mane ko pernah cuti..keje & keje & keje & keje... so mmgla pelik bile ko cuti... hahahaha... tpi cuti ko PENUH MAKNA kn :)

ezi said...

beb...cuti aku macam tak cuti...tu stok melambak2 tu...saper nak buat!!!