My Novel

Friday, October 23, 2009

Apa nak kata???

Kelmarin, kecoh satu opis akan destinasi Compeny Trip tahun ni..Hah?..Biar betul?...Sedikit kecewa apabila saya tahu tempat Compeny Trip tahun ni. Port Dickson (PD)!!!...
Bukanlah nak kata PD tu tak best atau apa...tapi PD tu dekat dengan Melaka dan banyak kali gak saya ke sana...Macam tak best plak Compeny Trip buat buat kat situ. Berbanding tahun lepas, di Pulau Perhentian dan tahun sebelumnya di Taman Negara...semuanya tempat yang terkenal...
Saya nak pergi!!!...Saya sebenarnya tak kisah di mana...saya nak pergi gak tapi semua geng2 saya tak nak pergi..."Dah biasa." "Tak best ar gi dekat2." Itu antara alasan diaorang dan akhirnya tak de seorang pun yang nak pergi. So, saya terpaksa tak join Compeny Trip tahun ni...huhuhu...
Dengar khabar tahun ni budget tak de. Sebab tu lah buat dekat2 je...Tapi bebudak Melaka ramai tak gi...mungkin branch lain ramai yang join terutama branch di utara...Diaorang mesti teruja untuk datang ke Port Dickson...Apa-apa pun hope, hope diaorang enjoy...huhu...sedihnyer...

Tuesday, October 13, 2009

Aku Yang Poyo : Korang Memang Best!!!

Cerita ini berlaku beberapa hari sebelum hari raya Aidilfitri. Sekarang baru saya sempat masukkan dalam blog ni...Al-kisahnya, beberapa hari sebelum raya, keadaan dalam makmal amat best...Mana taknya, sampel tak banyak, kerja pun tak sesibuk sebelum-sebelumnya. Mungkin dekat2 nak raya, orang dah terlupa sakit or semua menjaga kesihatan sebab nak raya...huhuhu...
Saya yang kebosanan time tu, entah mana datang idea nak pekenakan member2 opis...Saya datang kat sorang member ni sambil menunjukkan handphone saya...." Eh, cuba kau tengok mesej ni."..." Kau nak tengok gambar kelakar tak?."...Itu antara ayat saya ketika cuba pekenakan diaorang...bila diaorang tengok je handphone saya, saya terus snap gambar diaorang (guna kamera hadapan hp)...Past tu saya bantai gelak tengok reaksi diaorang...hahaha...Saksikanlah gambar2 candid bebudak opisku...huhuhu...
Ni member yang paling last kena candid. Kitaorang dah gelak2 tengok gambar bebudak lain. Tetiba dia pun nak tengok. " Akak nak tengok gak gambar apa tu." Ujar dia beriya-iya nak tengok apa yang kitaorang gelakkan. Mula2 saya tak bagi. Saja berlakon agar dia yakin yang gambar kat handphone saya tu betul2 rahsia...dan akhirnya....huhuhu

Member saya yang ni pula siap dah ketawa dulu sebelum tengok gambar...Dia gelak sebab tengok kitairang elak. Time tu saya and member saya dah gelak sakan sebab dapat kenakan orang...huhuhu...
Mamat ni pulak dah beberapa kali nak tengok 'gambar kelakar' yang kitaorang gembar-gemburkan tapi saya tak bagu. " Rahsia." kata saya. Tapi akhirnya saya bagi gak...tengok muka dia...hahaha...ni muka top ten nih!...
" Apa tu, nak tengok." Aik, minah ni pun nak tengok gak apa ada kat handphone saya. Member saya ni pun saya tak bagi tengok tapi kesian dia nak tengok gak...Nah tengok lah!...Heheheh...

Muka member saya yang sorang ni saya tak puas hati sikit sebab terlalu cool coz saya nak gelakkan dia lebih2 sebab dia selalu gelakkan orang...tapi gambar candid dia macam tak jadi sikit lah...
" Eh, cuba kau tengok mesej ni. aku tak fahamlah." Saja saya berlakon. Time tu dia sedang menaip sesuatu. " Mana?." Dia berpaling dan...." Jahatlah you ni!."...Hahahaha...dah kena!.
Sorang lagi member yang beriya-iya sangat nak tengok apa yang kitaorang dok gelak tengok hp...Dan gambar dialah yang kitaorang gelak sakan...Mata ayunyer...huhuhu..." You jahatlah kak Ezi!."..." Hai, baru tahu ke?."..Haha...
" Kau baca mesej ni. Aku tak fahamlah." Saya mula mengayat. " Mana?." Bila dia tengok je, saya terus snap...huhu...Muka poyo...Member saya ni orang kedua yang kena dan lepas tu, dia tukang gelakkan orang lain dan siap bagi saya nama untuk mangsa seterusnya...
Member saya sorang ni dah siap senyum dari awal sebab time tu kitaorang tengah gelak gila2. Dia pun aspek gambar kelakar so, dia dah prepare senyum...
Ini mangsa pertama dan mengilhamkan idea saya untuk kenakan orang lain...Dia pun blurr kenapa ada muka dia dalam handphone saya...huhuhu...Past tu dia, saya and mangsa yang kedua tadi, cari mangsa2 yang seterusnya dan kitaorang gelak gila2 punyer...
Kerja gila saya tak mengenal umur...Senior pun kena gak...huhuhu...Tapi senior ni memang sporting...Siap gelak2 lagi bila tahu dia kena candid...


Haha...ini antara member2 opis saya. Saja saya masukkan entry ini bukan untuk mengenakan sesiapa. Sekadar berkongsi kenangan manis antara kita semua. Manalah tahu, satu hari nanti, ada yang pindah ke, bertukar tempat lain ke, atau apa-apa jer, sekurang2 nya bila tengok gambar ini, pasti akan menguntum senyum apabila teringatkan kenangan di saat ini.
Buat kawan2 sekerja, terima kasih kerana menceriakan hari2 saya di makmal. Kerana ada korang semua, saya tak rasa bosan sepanjang bekerja. Malah, seronok dapat kenal korang terutama geng2 MJJ (huhuhu....). Walaupun adakalanya kita tension bila kena marah dengan doktor, tension bila kena marah dengan boss, sakit hati bila kena maki dengan doktor, penat dengan kerja yang bertimbun bila ada promosi, geram da marah bila mesin buat hal...dah tu doktor nak result cepat pulak tu..terpaksa stay back nak siapkan semua dokumen untuk audit...tapi semua tu adat dalam bekerja dan menjadi sedikit mudah dengan adanya korang...Apa2 pun wish persahabatan ini berkekalan selama-lamanya...dan Korang memang best...(esp geng2 MJJ)...


" Ezi, kau tak nak kenakan boss ke?."
Huhu...jangan kata kena marah, entah2 saya dapat surat warning letter nanti...huhuhu...