My Novel

Sunday, February 2, 2014

Macaron oh Macaron

Macaron...Teringin sangat nak makan benda kecik yang comel2 ni. Teruja betul apabila tengok kat dalam blog-blog masakan. Hmm..comel dan penuh warna-warni. Tapi, kenapa mahal sangat eh? Rasa macam mahal plak nak beli. Jadi, dok pakat-pakat dengan adik, kami pun try buat macaron sendiri...

Buat macaron tak lah susah sangat cuma leceh saja. Kalau tak betul, memang merekah bahagian atas dia. Then, bahagian dalam lompong. So, nak buat macaron ni kena teliti. Tak semudah yang di sangka. Hehe...

Macaron ready...

Secara jujurnya, ia bukanlah makanan kegemaran saya kerana rasanya terlalu manis. Masa mula2 try, sy rasa...eh, kenapa manis sangat ni? Adakah sy tersalah resepi. Maklumlah, sy memang tak pernah makan macaron sebelum ini. Jadi, dengan pantasnya sy pun tanyalah en google. Ya, memang ramai yang sependapat dengan sy. Cookies ini sedap tetapi agak manis. Jika sesiapa yang tidak suka manis, mungkin tidak gemar macaron tetapi bagi yang suka makan manis-manis, mungkin macaron ini sesuai untuk anda.

Apapun sy sangat berpuas hati kerana dapat juga merasa macaron apatah lagi berjaya menghasilkannya sendiri...:)