My Novel

Tuesday, November 27, 2012

Tahniah hubby!

Sudah hampir dua minggu saya masuk kerja setelah lama bercuti. Masuk saja kerja, berborak sakan dengan member2..almaklumlah..cuti lama, banyak cerita yang nak diborakkan dan soalan yang 'hot' pada waktu itu..

"Ezi, siapa jaga anak kau?"
"Husband aku"
"Dia duk rumah mak dia ek?"
"Tak de lah. ada kat rumah. dua orang dengan anak aku,"
"Eh, boleh ke husband kau jaga baby?"
"Entah..dia kata ok..oklah kot,"

Bukan seorang dua yang hairan apabila saya katakan husband saya jaga Aimee. Diakan cikgu sekolah. Sekolah kan cuti. Bagi saya apa yang nak di hairankan? Jika saya boleh menjaga baby sekecil itu, pasti hubby pun boleh. Tetapi apabila difikirkan semula. Bukan semua lelaki yang boleh menjaga anak kecil apatah lagi baru berusia dua bulan. Perkara yang biasa bagi saya menjadi luar biasa bagi kawan2. Ada yang sempat berkirim salam pada hubby dan mengucapkan tahniah.

Tiba2 saya menjadi kagum dengan suami sendiri. Sanggup menjaga baby kami dan menanti saya balik kerja. Oh, sayang..tahniah!


Anak abah..keletihan..

Di Johny Jusco. Sambil menanti makanan..hubby jaga Aimee..

Kalau pergi ke mana2, hubby akan dukung Aimee. Saya follow ajer. Tak larat dukung lama2..Aimee semakin berisi..

Tengok kolam renang. Aimee kalau berjalan, asyik tido ajer..

..Love my beautiful life..

Monday, November 26, 2012

Ops!



Aduh! menggeleng kepala saya melihat jarum mesin penimbang berat..seketika saya termenung..kemudian tertawa..haha..macam orang gila la plak..Apa taknya..selepas bersalin, berat saya tak sama macam dulu2..memanglah orang kat takkan sama tapi..banyak benar bezanya..dan secara fizikalnya pun saya dah nampak berisi.

Berat saya sebelum mengandung 48kg..semasa hampir bersalin 64kg..dan selepas bersalin 57kg..waduh2..kok kurangnya 7kg saja? yang lagi 9kg bagaimana nih?

Aduh! jadi bagaimana? Nampaknya saya harus menjalankan operasi diet dengan bersungguh2..tapi bagaimana seorang pencinta makanan nak berdiet?..Hmm..mengeluh seketika.

Hanya ada dua pilihan..berdiet untuk kembali seperti dulu atau paling tak pun..lebih kurang dulu ataupun..kekal berisi seperti sekarang atau bertambah lagi..

Pilihan saya..diet! Sesuatu yang sukar untuk saya lakukan..huhu..

Sunday, November 4, 2012

MPH BOOKFAIR NOV 2012

4 November 2012..MPH MYDIN di melaka mengadakan bookfair dan sy telah diundang (oleh penerbit Fajar Pakeer) untuk menjayakan sesi bersama penulis. Mula2 tu rasa mcm tak bole nk dtg memandangkan ada baby kecil tapi syukur hubby memahami minat sy yang satu ini. Jadi, hubby lah yang jaga Aimee..hehe.. 

Sy hanya penulis biasa..tidaklah seglamor mana..tp disebabkn minat yang mendalam, sy tetap menulis biarpun faktor masa menjadi penghalang sy di saat ini. Dan sy tetap jua dtg memberikan kerjasama pd penerbit yang tlh byk memberi peluang pd karya2 sy disamping mempromosi 2 buah buku sy pd hari itu iaitu Persis Puteri dan Anak Patung Terbang. 

4
Banner..

Bersama penulis hebat kak Maria Kajiwa
Bergambar bersama pembaca

Sessi tandatangan..

Terima kasih kpd Fajar Pakeer krn memberi sy  peluang ini..:)

Adi Wazhif : Tahniah Along

14 Oct 2012..kakak sy selamat melahirkan seorang baby boy sebarat 3.15kg. Nampaknya..Aimee da dpt sepupu..hehe..Apa2 pun tahniah buat along dan bang long di atas kelahiran putera mereka Adi Wazhif.


Tahun ni mak dan abah dpt cucu sepasang..Aimee dan Adi..:)