My Novel

Thursday, November 3, 2011

Pertunanganku...


24 September 2011..saya dah jadi tunangan orang..hehe..(baru nak update ke cik ezi?)..majlis bertunang dibuat secara besar-besaran..chewah..sebenarnya yang besar majlis perkahwinan kakak saya..dan majlis tunang saya hanya tumpang majlis kawin kakak..save budjet..hehe..layan gambar ajelah..

Sarung cincin

Kek hantaran
berseri di hari pertunangan..hikhik..(bulu mata palsu tu berat..huhu)

hantaran 5 balas 7

wakil dari pihak lelaki

with mak and abah
rombongan pihak lelaki datang sebanyak 7 kereta..

my best friend..thanks sudi datang..(sumer da beranak pinak da..hehe)


booked!

me with him..

Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar..baik majlis perkahwinan kakak mahupun pertunangan saya..semuanya berjalan dengan sempurna..tahniah kepada kakak..semoga perkahwinan kekal hingga ke akhir hayat..dan untuk diri saya..harapan saya semoga saya dan dia kekal hingga ke jinjang pelamin dan akhirnya ke akhir hayat..

Apa yang boleh saya katakan..dia hadir secara tiba-tiba..dari arah yang tidak pernah saya duga..mengenali, bercinta, menyayanginya tidak pernah terlintas di fikiran saya tetapi Tuhan berikan perasaan itu ke dalam hati saya saat hati ini hampir tertutup kerana terluka..dan dia hadir...

Mungkin dialah pilihan Tuhan untuk saya
Mungkin apa yang berlaku ke atas diri saya sebelum ini merupakan jambatan untuk saya bertemu dengannya
Mungkin inilah hikmah di atas apa yang terjadi

Dan..saya bersyukur mengenali dirinya..

Semoga hubungan ini kekal hingga ke akhir hayat...
Amin


"Cinta itu datang dari hati..ia bukannya paksaan..Adakalanya kita cuba untuk menyayangi seseorang tetapi kita tidak mampu untuk mencintanya..Adakalanya kita tiba-tiba menerima cinta yang hadir..yang datang dari arah yang tidak pernah kita terduga sama sekali..."