My Novel

Saturday, November 20, 2010

Cerita Aidiladha...

Hari Raya Aidiladha tahun ini disambut oleh saya sekeluarga berbanding tahun-tahun sebelum ini. Tahun ini kami siap berbaju baru, sembahyang raya dan melawat sanak saudara terdekat. walaupun tidak semeriah Aidilfitri namun suasana raya tetap terasa dengan rendang, ketupat, kuah lodeh...erm...sedapnya....

Sesi penggambaran memang tidak boleh tinggal...
Abah n adik2 lelaki...makan di rumah atok...
Adik tolong mak pakai shawl...Time ni lah nak suruh mak pakai shawl...hari2 biasa memang dia tak nak...susah nak belit2 katanya...
Kami dan nenek...di rumah nenek...
Anak2 En Muzli dan kamera memang tak boleh dipisahkan...
Berjalan raya...
My adik beradik...possing depan rumah...
My adik beradik....

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha buat semua...


Friday, November 12, 2010

Nasi Ayam Penyet...

Ahad lepas, saya dan adik2 makan di restoran ayam penyet di MITC Melaka. Sebelum ini saya pernah beberapa kali makan di sini dan kali ini atas permintaan adik saya yang nak merasa sangat nasi ayam penyet ni...Suka?...saya biasa2 saja. Mungkin sebab sambal belacannya yang pedas membuatkan ianya sedap. Saya memang penggemar makanan yan pedas2 ni...


Di hadapan restoran nasi ayam penyet...Possing lah korang...
Inilah menu yang kami oder. Nasi ayam penyet, air teh, air limau ais dan air coklat...
Nasi ayam penyet di hidangkan begini (tengoklah gambar...hehehe...) Tapi kali ini sambal belacannya tak pedas. Merungut adik saya kata saya tipu padahal masa saya makan dulu...memang pedas giler. Nasib lah...Hahaha...
Air penghilang dahaga...

Mungkin kena datang lagi untuk membuktikan sambal belacannya betul2 pedas..Huhuhu..

Wednesday, November 10, 2010

Gathering MJJ + Bowling Time...

Ahad lepas, MJJ buat pertama kalinya mengadakan gathering. Perjumpaan ini dibuat secara tergempar (2 / 3 hari sebelum tu kira tergempar ke? haha). Mula-mula memang tak jadi. Nak tangguh hari raya haji tapi last2 minit kira cincai pergi sajalah. takut nanti hari raya haji, ada yang ada hal pulak. So, perjumpaan ini di adakan di pusat bowling MITC, melaka.

Geng MJJ...kami bertiga berkumpul...dah lama tak kumpul2...gossip2...haha...tapi tak sempat gossip sebab bising dan pertemuan agak singkat masanya...
Bawa sekali adik2 saya yang gila nak main bowling...tak teror mana pun...huhu...
Possing sambil tunggu turn...
Result akhir...siapa menang?..malas nak cerita...hahaha...

Buat MJJ...nanti kita wat gathering lagi...jumpa reramai termasuk sorang ahli MJJ baru yang tak dapat ikut main bowling sebab keje...hehehe...miss you guys!

Wednesday, November 3, 2010

Jatuh Hati...


Buat para penulis...tak kiralah penulis terkenal ker, penulis biasa2 ker or penulis e-novel ker...tak kira...janji penulis...
Pernahkah anda jatuh hati dengan hero ciptaan anda sendiri?
Hahaha...
Kenapa saya tanya?...
Kerana saya telah jatuh hati dengan watak hero ciptaan saya...
Siapa?
HAIRI...watak hero di dalam kaya saya yang berjudul Kerana C.I.N.T.A.






Hairi bukanlah lelaki yang terlalu perfect...
Namun ada sesuatu pada dirinya yang membuatkan saya jatuh hati
Seorang duda anak satu - melambangkan dia lelaki yang matang dari segi usia.
Seorang duda kematian isteri - melambangkan 'perpisahan' dengan yang tersayang bukan di sebabkan pertengkaran atau sebagainya.
Sering memberi nasihat dan kekuatan - melambangkan dia lelaki yang tabah.
Sanggup bekorban untuk orang yang di sayangi - melambangkan dia pencinta yang sejati.

Sesetengah penulis akan membayangkan wajah seseorang apabila menulis sesuatu cerita. Mungkin dari situ mereka mendapat ilham bagaimana watak tersebut bergerak...penulis dapat menggambarkan watak tersebut berdasarkan wajah yang diilhamkan. Namun...

Saya sukar berbuat demikian. Saya sukar membayangkan watak yang saya cipta dengan mana-mana orang yang ada di dunia ini. Entah...saya tak tahu kenapa. Mungkin saya lebih gemar membayangkan sesiapa saja yang menjadi hero saja. Dan mungkin saya sengaja menyuruh pembaca mengimaginasi sesiapa saja yang mereka suka...

Tak kira bagaimana caranya...
Yang pasti...
Hairi menyintai Cinta!