My Novel

Tuesday, August 31, 2010

Majlis Berbuka Puasa + Majlis Perpisahan


23 Ogos lalu...opis saya mengadakan majlis berbuka puasa + majlis perpisahan (meraikan dua sahabat yang resign). Majlis berlangsung dengan meriahnya...seronok berbuka dengan member2 opis...bukan senang dapat berkumpul ramai2 expecially geng2 MJJ...tapi dalam seronok, ada sedihnya kerana dia...dia merupakan kawan baik saya...salah seorang geng MJJ...tapi dia terpaksa tinggalkan compeny sebab dapat tawaran yang lebih baik...

Yang dirai (2 di tengah2)

Dia...kawan yang rapat dengan saya...saling berkongsi cerita, masalah, ketawa, menangis...dia yang tahu tentang saya...dan saya juga tahu tentang dia...sukar nak dapat kawan yang sanggup bersama senang dan susah...dia..salah seorang geng MJJ...lepas ni...MJJ dah kurang seorang...

Gambar kenangan kami...umur sebaya...ketinggian pun hampir sama tapi berat tak sama yer cik Nura...hehehe...
Tingal berdua...MJJ hanya tinggal kami berdua...lepas ni dah tak meriah nak gosip2...Mi, nampaknya kita kena cepat2 cari ahli baru tapi kebanyakkan penyertaan tak memenuhi syarat2 MJJ lah...hanya kau dgn aku jer tahu syarat2 nyer...hahaha...

Saya harap dia akan gembira bekerja di tempat baru...harap persahabatan kita berkekalan dan tak putus sampai bila2...

Selamat Menyambut Hari Merdeka...



Selamat Menyambut Hari Merdeka buat semua rakyat Malaysia. Satu Malaysia Menjana Transformasi...

Wednesday, August 11, 2010

Bengkel Adaptasi Novel ke Drama...

Ini kisah 8 Ogos yang lalu...seperti biasa saya lambat update...hehehe...tengok kat blog AVA dan blog kak Izza dah update...saya jer yang lambat...huhu...

Bengkel Adaptasi Novel ke Drama anjuran AVA...saya menyertainya...seronok sangat sebab ini minat saya...minat dalam bidang penulisan...hanya 2 orang peserta saja...mungkin kerana masa kurang sesuai iaitu minggu sebelum puasa...tetapi thanks kepada pihak AVA kerana meneruskan juga bengkel ini...oleh kerana hanya dua orang peserta, dua orang penganjur dan seorang pembimbing (Kak Maizura Ederis), bengkel ini santai2 sahaja...

Saya yang sedang sibuk menonton 'Tangisan Bulan Madu' sambil membelek2 skrip. tengok macam mana penulisan skrip berlari sama dengan lakonan...

Cerita yang ditonton dan dikupas...

Sebelum balik...sesi bergambar...

Tekun menuntut ilmu...

Secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati...jelas gambaran bagaimana adaptasi novel dibuat...bagaimana perjalanan sesebuah cerita yang di adaptasi daripada sebuah novel...gembira bertemu dengan kak Izza Ariffin...apa2 pun, thanks kepada semua yang terlibat...

Ilmu dah ada...apalagi ezi?...huhuhu...

Tuesday, August 10, 2010

1 hari 2 peristiwa...


Kisah ini berlaku seminggu sebelum menyambut Ramadhan...Lambatnya saya update kan...hehehe...al-kisah 31 julai yang lalu...merupakan hari perkahwinan sepupu saya...saya sekeluarga pergi ke rumahnya...macam biasalah kenduri kahwin...pasti ramai sanak saudara yang datang...tahniah kepada sepupu saya Norin bersama pasangannya Fadil yang sedondon berbaju hijau pucuk pisang (maaf, tiada gambar coz gambar ada kat hp adik)

Itu kisah pertama...cerita hepy2...kisah yang ke dua pula...sebelah petang, saya dan adik beradik balik rumah...kemudian, kami nak gi bandar melaka...ada hal sedikit...on the way, saya menerima panggilan dari abah...berita yang mengejutkan...

"Kau pergi tengok adik kau accident kat Ayer Molek"

Memang terkejut dapat berita tu...kakak yang tengah drive terus melencong ke tempat yang di maksudkan...dalam hati tertanya2, kenapa sampai ayer molek...sebab adik saya kata nak berlatih drama...kami ingat di sekolah...sampai jauh dia pergi...sudahlah lesen baru je dapat seminggu yang lepas...

Saya tak sedap hati...try call adik...mula2 tak angkat...try lagi...orang lain yang angkat...

"pak cik on the way bawa adik awak ke hospital. jangan risau, dia tak apa-apa," beritahu pakcik yang angkat telefon adik saya tu...

Saya dan yang lain dah risau...macam2 pk dalam kepala ni ha...kalau adik tak apa-apa, kenapa dia tak jawab call? kenapa pakcik tu yang jawab?...kakak terus je drive ke hospital besar Melaka...

Sampai je kat sana...persoalan terjawab....


Accident...terbabas kat selekoh...masuk longkang batu yang mempunyai kedalaman yang agak dalam...
Tangan patah..
Luka2 kecil di bahagian lain seperti tangan, kaki, badan...
seminggu di hospital...kata doktor...tulang ulna dan radius patah kedua2nya...tak boleh simen...kena wat operation....masukkan besi...

Muka seposen...Inilah wajah Mat Rempit yang baru dapat lesen...adik bongsu saya...

**Terima kasih untuk Pak Cik Yahya sekeluarga kerana pak cik Yahyalah yang telah menolong adik keluar dari longkang dan membawanya ke hospital...dan menunggu sehingga adik menerima rawatan (bersama keluarga saya)...motor yang rosak teruk turut di bawa ke rumahnya...terima kasih di atas jasa mereka**

Salam Ramadhan...


Salam Ramadhan untuk semua...Semoga Ramadhan kali ini memberi lebih makna kepada kita...Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak...