My Novel

Friday, July 24, 2009

Sedikit Petikan Kerana C.I.N.T.A



“ Hairi.” Cinta memulakan bicara. Terasa ingin berkongsi kesedihannya dengan seseorang. Dan entah kenapa Hairi menjadi pilihannya, dia sendiri kurang pasti.
“ Kenapa?.”
“ Saya tak sekuat yang awak sangkakan. Saya dah tewas.”
“ Apa yang awak cakapkan ni Cinta?.”
“ Dia dah berkahwin dengan sepupu saya. Boleh tak awak bayangkan perasaan saya?. Saya sendiri menyaksikan perkahwinan kekasih saya. Saya sendiri yang menolong membantu persediaan perkahwinan kekasih sendiri. Macammana saya nak jadi kuat, Hairi.”
“ Berpisah jika orang yang kita sayangi curang kepada kita adalah lebih baik berbanding berpisah jika orang yang kita sayang pergi buat selama-lamanya.”
“ Apa maksud awak?.”
Hairi tidak menjawab sebaliknya melemparkan pandangan jauh ke depan. Wajah Salina mengisi ruang mindanya. Kenangan lima tahun yang lalu kembali menerjah. Kalau boleh dia ingin melupakan kenangan pahit itu namun pertemuan dengan gadis bernama Cinta, mengingatkan kembali kepada peristiwa itu.
“ Saya pernah berkahwin lima tahun yang lalu…”
Kata-kata Hairi menarik minat Cinta. Dia memandang ke arah Hairi. Menumpukan sepenuh perhatian kepada cerita pemuda itu.
“ Perkahwinan kami tak mendapat restu dari keluarga saya. Mama menentang keras hanya kerana Salina berasal dari kampung, tak berhanta, tiada kedudukan. Tapi kerana cinta, saya tinggalkan semuanya. Tinggalkan keluarga dan segala kemewahan hanya kerana Salina.”
Cinta terdiam mendengar cerita Hairi. Terharu kerana pemuda itu sanggup meninggalkan semuanya hanya kerana cinta. Tetapi, kenapa Hazriq tidak seperti Hairi?. Rapuhkah cinta Hazriq terhadap dirinya kerana dengan mudah saja Hazriq mengakhiri semuanya?. Tiba-tiba Cinta teringatkan ibu dan ayahnya. Bukankah kisah ibu dan ayahnya jua ada persamaan dengan kisah Hairi. Kenapa dua lelaki ini sanggup berbuat apa sahaja untuk memperjuangkan cintanya?. Kenapa tidak Hazriq?.
“ Walaupun begitu, hidup kami bahagia sehinggalah suatu hari..” Cerita Hairi terhenti seketika.
“ Apa yang terjadi.” Cinta berminat ingin tahu.
“ Suatu hari, kami terima surat dari mama. Mama ajak kami pulang ke KL. Saya terpaksa akur kerana Salina bersungguh-sungguh ingin ke sana. Salina ingin jadi menantu yang baik. Salina mahukan yang terbaik untuk saya. Kami sangkakan mama dah berubah tapi…” Sekali lagi Hairi terhenti. Kenangan pahit itu bagai terlayar di ingatannya.
“ Kemudian?.”
“ Kami kembali ke KL. Saya memulakan tugas yang lama sebagai pemangku CEO syarikat keluarga. Kehidupan kami bahagia. Namun, semasa Salina hamil 9 bulan, saya diarahkan mama pergi outstation di Paris dan di di situlah segala-galanya bermula.”
“ Apa yang bermula?. Apa yang berlaku.” Desak Cinta ingin tahu.
“ Sepanjang ketiadaan saya, mama banyak mendera Salina. Salina yang ketika itu hamil tak mampu berbuat apa-apa. Mama memang pandai. Mama dera Salina tanpa pengetahuan sesiapa. Salina pula tak beritahu sesiapapun apa yang mama lakukan. Dan pada suatu malam, mama halau Salina dari rumah. Dalam keadaan sarat, ke manalah Salina nak bawa diri. Salina akhirnya pengsan di jalan raya dan menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas melahirkan Farina.” Hairi segera mengesat air matanya yang mula mengalir. Terbayang bagaimana penderitaan yang ditanggung oleh isterinya. Terasa kesal kerana tak dapat bersama isterinya di saat-saat isterinya memerlukan dia.
“ Sehingga ke saat ini saya terasa kesal kerana tak dapat bersamanya menempuh susah payah bersama. Saya biarkan dia keseorangan mengalami penderitaan itu. Saya kesal dengan apa yang berlaku.”
“ Tapi itu bukan salah awak. Awak tak tahu ianya akan berlaku.”
“ Sebab itu saya katakan, awak dengan mudah boleh lupakan dia. Dia curang pada awak. Dia mungkiri segala janjinya dengan awak. Dia buat awak merana. Dia tinggalkan awak untuk perempuan lain. Awak ada banyak alasan untuk melupakan dirinya tetapi saya…” Hairi menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya keluar. Kemudian dia menyambung.
“ Salina pergi di saat cintanya mekar buat saya. Salina terlalu baik terhadap saya. Salina banyak berkorban untuk saya. Dia menderita kerana saya. Dia sanggup ketepikan kepentingan diri hanya untuk melihat saya bahagia. Dia lahirkan zuriat saya dan akhirnya dia terkorban kerana saya. Apakah alasan untuk saya melupakan dia?. Saya tiada satupun alasan untuk melupakan dia.”
Cinta memandang tepat ke wajah Hairi. Air matanya mula bergenang. Begitukah cerita di sebalik wajah yang sering memberi dia kekuatan?. Begitukan kisah di sebalik insan yang kerap memberikan keyakinan padanya?.
Air mata Cinta gugur jua. Sama sekali tidak menyangka hidup Hairi juga tidak seriang yang di fikirkan. Hairi juga mempunyai cerita sendiri. Malah dugaan pemuda itu lebih hebat bebanding dirinya.
“ Sekian lama saya memujuk hati melupakan semua yang berlaku. Sedikit demi sedikit saya bangkit dari kisah semalam. Walaupun terasa sukar, namun kehidupan harus di teruskan. Sebab itu saya faham apa yang awak rasakan. Masalah kita sama cuma jalan cerita yang berbeza.”


Award dan TAG Daripada Hafirda

Award dan TAG...Erm...



nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini
Comel...hehehe
Umur bawah saya
Baru cat rumah
Manis and cute
Peramah
Suka kat kucing..kenit and memet (betul ke nama ni...hehe)


setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri
kerja...kerja...kerja...
suka menulis...
suka tidur...
suka makan...
sedang siapkan manuskrip yang berikutnya...(bila nak siap daaa)
(dah sembilan tak?...hehehe)


anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka
bahagian ni yang lemah ni
Maaf...saya lemah bab ni...saya rasa sumer orang dah dapat...
Apa-apapun untuk tiga orang ni memang wajib
1) Yezz_zza (QS yang comei)
2) Farid (Peminat MU)
3) Yue-ziey (awek suker perasan)


Huhu...dah habis jawab...
Lega...


Amal Islam Daripada Hafirda...

Thanks Fida sebab ingat kat kita. Nih kita wat ni...
Perkara2 yang perlu anda lakukan ialah:

1) COPY gambar amal Islam
Sudah dilaksanakan...huhu

2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama.. ni yang paling tak gemar...hehe
Yezz_zza
Farid
Yue-ziey
dll X 7 (boleh tak macam ni?...hehehe)

3) Itu sahaja... senang dan mudah.
langsai juga akhirnya


Wednesday, July 15, 2009

Avon Make-Up Workshop

Minggu lepas, saya menghadiri satu bengkel make-up..huhu...sebenarnya, malas nak pergi. Tapi bebudak AVON ajak.
" Kak Ezi, joinlah. Nanti bolehlah belajar solek-solek."
" Alah, hari ahad tu kerjalah."
" Akak cutilah kerja. Lagipun bukan senang benda-benda macam ni nak buat dekat Jasin. Bukannya selalu."
Setelah difikir-fikir dan di atas desakan adik beradik suruh pergi, (nanti kau bolehlah ajar aku pulak: kata diaorang), saya pun pergilah. Lagipun bukannya selalu. saya bab-bab make-up ni memang fail. Pergi kerja pun sempoi giler. Bedak pun main tonyoh je. Lipstik kalau ingat pakai, kalau tak ingat tak pakai. Ikut suka. Yang lain-lain tu, eye shadow ke, mascara ke, eyeliner ke...memang tak pakai...huhu...Memang sempoi giler...sampaikan jiran saya (Kerja tempat sama tapi lain dept) tanya mak saya...
" Kak, angah (panggilan saya di rumah) tu pergi kerja memang pakai macam tu ye?."
" Macammana pulak?." Tanya mak saya.
" Simple je. Macam bukan budak graduate"
Hahaha...saya gelak je lah bila mak saya cakap kat saya. Tapi kerja saya ni tak payah lah nak solek-solek. Kerja dalam makmal. Tak jumpa orang pun. Datang kerja terus sarung lab coat (dah tak nampak baju lawa, keronsang besar2...huhuhu)...
Berbalik pada bengkel make-up...em...seronok...berbaloi yuran dibayar sebab dapat makan, dapat barang make-up percuma...dan yang penting dapat ilmu...make-up ni pun kira ilmu juga kan...
So layanlah gambar-gambar yang diselitkan ye...huhuhu...
Make-Up workshop Avon

Di adakan di Hotel Sri Impian (Kat Jasin, Melaka)


Sebahagian barang-barang make-up yang kitaorang guna untuk bengkel

Saya dan Ani (peserta make-up workshop AVON)

Saya dan Kak Ana (Peserta make-up workshop AVON)

Tadaaaa....saya dan Ani selepas di make-up kan. Cantik tak?...huhu...(ayah saya tak kenal siapa dalam gambar ni...huhu)






Wednesday, July 8, 2009

Award Dari Kak Intan...


Terima kasih buat kak Intan sebab bagi award ni...Hehe...Thanks ye kak...Moga perkenanlan di alam maya berpanjangan...


Monday, July 6, 2009

Award dari Kawan Blog...Mae...

awr2a

Salam Kenal...Thanks ya Mae...:)

Bayar Hutang TAG Rehal...

1. Nama panggilan saya: Angah (di rumah), Ezi (kawan-kawan)
2. Saya sedang mendengar: Adik beradik saya sembang kat meja makan (dekat dengan bilik saya nih)
3. Kekasih saya sekarang: Vivi (My car)
4. Mungkin saya patut: Mendispilinkan diri untuk menaip karya saya nih...(huhu dah lama tak menaip...asyik main game jer...)
5. Saya suka: bila dapat gaji...huhuhu...
6. Sahabat-sahabat baik saya: Mereka yang bergelar sahabat...
7. Saya tak faham: Kenapa saya kerja di bahagian makmal perubatan sedangkan saya tak suka matapelajaran Biologi!!! (saya suka Matematik!!!)
8. Kerjaya saya sekarang: Kerja kat makmal...dengan darah manusia...wargh!!!
9. Saya baru kehilangan: RM 20 sebab saya tuang minyak kete tadi...
10. Ramai yang berkata saya: Kecil daripada adik saya (eh, Rehal...samalah...:))
11. Makna nama saya: Yang comel dan cute...huhuhu
12. Di suatu tempat, seseorang sedang: makan (adik2 saya kat meja makan tuh!)
13. Bila saya terjaga dari tidur: Terus ambil tuala dan mandi (time pagi2 lah)
14. Saya paling meluat bila: Orang yang kipas mengipas boss ni...huh...benci!
15. Saya rasa haiwan yang paling comel adalah: Anak ayam...comelnya, jalan terkedek2...:)
16. Aktiviti/program hari ini: Saya nak menaip!!!...
17. Malam ini saya akan: Menaiplah...
18. Esok saya akan: Kerja...Esok Oncall!!!!!
19. Sebelum tidur saya akan: Baca doa tidur...:)
20. Perancangan hujung minggu: Kerjalah...apa lagi!
21. Saya sedang menanti: Masa yang boleh saya bercuti dan menaip novel saya tanpa ada kerja lain...(ada ker masa tu?)
22. Saya rasa kesal bila: Ditipu...Mungkin kerana terlalu percayakan 'mereka'...Kesal...Geram...Terasa kelahiran novel pertama semacam sia-sia walhal saya terlalu gembira tatkala novel itu dibukukan...Mungkinramai yang tahu siapa yang saya maksudkan...huhu...
23. Saya sangat berharap bila: Duduk aje depan laptop, boleh menaip dengan lancar (Rehal, sama lagi...:)
24. Saya rasa saya seorang yang: baik..haha...
25. Telefon bimbit saya: Nokia N73 music edition (Nama je music edition tapi lagu ada beberapa kerat je)
26. Saya sedang merindui: Zaman sekolah dulu...
27.Umur saya sekarang: 27 tahun tapi orang kata 22..(haha...ini kisah benar tau!).
28. Pengalaman pahit untuk minggu ini: Seminggu ni tak usik langsung karya yang berikutnya...pahitnya...
29. Pengalaman manis untuk minggu ini: Kakak saya tiru saya beli krim muka yang saya guna sebab dia kata muka saya dah nampak cantik...haha...
30. Kali terakhir tengok wayang: bulan 4 kot (tak ingat sangat)
31. Dalam seminggu saya akan up-date blog sebanyak: Ikut suka hati...
32. Dalam dompet saya ada wang sebanyak: RM 150...yang duit singgit-singgit tu tak tahu berapa...bersepah2 plak...
33. Kali terakhir menonton televisyen: Sabtu lepas...(Ahad tak tengok...keje)
34. Channel TV kesukaan saya: Tak kisah janji citer sedap (saya jarang tengok TV)
35. Orang yang anda rasa nak tag: 1) Yezzz_za 2) Yue-ziey 3) Farid MU