My Novel

Sunday, June 14, 2009

Novel ke Tiga: Kerana C.I.N.T.A. kini di pasaran!!!




" Izinkan aku menjadi sinar
Yang menerangi hari-harimu"

Dua kisah kehidupan. Dua kisah percintaan yang berbeza. Kerana cinta mereka bahagia. Kerana cinta mereka merana. Kerana cinta mereka sengsara.

CINTA – Seorang gadis yang kematian ibubapa. Dia dijaga oleh ibu saudara yang mengasihi dirinya. Perkenalan dengan Hazriq membuatkan dia mula mengenali erti rindu. Namun, hubungan mereka dicemburui oleh Lidya, sepupunya. Lidya mula membuat rancangan bagi memisahkan mereka. Cinta sedaya upaya mempertahankan hubungannya dengan Hazriq namun apabila Hazriq sendiri yang berubah hati, dia terpaksa mengalah. Kerana kecewa, dia akhirnya membawa diri…

HAIRI – Cintanya tehadap Salina tiada tandingnya tetapi hubungan mereka tidak direstui keluarganya. Kerana cinta yang mendalam dia sanggup meninggalkan kemewahan demi untuk insan yang di sayangi. Hatinya gembira tatkala ibunya mula berubah dan mengajak dia kembali ke rumah. namun, di sebalik kebaikan itu, terdapat seribu dendam. Kerana terlalu kecewa dengan nasib dirinya, dia sekali lagi membawa diri…

Dua kisah menjadi satu. Kerana cinta mereka dipertemukan. Kerana cinta mereka sekali lagi mengharungi dugaan kehidupan. Dugaan Hazriq yang sekali lagi hadir menagih kasih lalu mengusik hati Cinta. Ditambah lagi dengan sikap ibu Hairi yang masih lagi memikirkan soal darjat. Satu demi satu dugaan yang datang adakalanya menyebabkan mereka keliru namun mereka tetap menempuhnya dan mempertahankan hanya KERANA C.I.N.T.A.

Cuti-Cuti Terengganu

Abah dan emakku yang sporting...cayalah...
Pantai Balok lebih cantik...

Cherating...tidak seindah nama...


Nak pergi mana tu???



Anak dara mak saya...kalau dah possing...huhu




Singgah solat di masjid Paka...





Anak dara mak saya memang suka bergambar...tengok tu...






Lihatlah...pagi di Kuala Terengganu







Menginap di Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu








Di Hotel Seri Malaysia









Perkahwinan sepupu (lelaki) di Kemaman, Terangganu...


Weekend yang lepas, saya and famili (5 orang sahaja) pergi ke Terengganu untuk hadir majlis perkahwinan sepupu saya di Kemaman (hari Jumaat dan Sabtu)...Hari Sabtu petang, kitaorang minta diri untuk ke Kuala Terengganu...Maklumlah nak beli kerepok lekor yang terkenal di Terengganu...Perjalanan memang memenatkan (walaupun bukan saya yang drive...hehehe)...tapi...alang-alang dah sampai Terengganu ni, biarlah cuti betul-betul...Lepas ni entah bila lagi dapat ke sini...Antara gambar yang di snap sepanjang percutian kami...
* Percutian yang menyeronokkan...lagi best kalau semua adik-beradik join...
* Banyak lagi gambar yang tak diletakkan di sini...lalala...

Wednesday, June 10, 2009

Hai...I' back...:)

I'm back!...Sudah lama saya tak menulis dalam blog ini. Maaflah kepada pengunjung blog..Akhir2 ini saya sibuk sedikit dengan kerja-kerja di pejabat. Maklumlah, saya kerja di makmal yang beroperasi 24 jam..Jadi, OT dan Oncall memang banyak dan menyebabkan masa saya terbatas.
Bercerita tentang masa yang terbatas...penulisan saya juga turut tergendala...hehehe...rindu nak menulis tapi...entahlah...Hari ini saya gagahkan diri mengadap komputer untuk menaip karya yang seterusnya...
Bercerita tenang karya seterusnya...saya mendapat surat dari sebuah penerbit novel yang menyatakan karya saya akan diterbitkan pada Julai 2009...Gembiranya saya...Tak sabar nak tunggu kemunculan karya kali ini...Nanti kalau dah keluar, saya akan war-warkan di blog ini...harap anda semua dapat memberi sokongan kepada saya...
Sekarang ni saya sedang menulis sebuah lagi cerita...Harap saya dapat menghabiskannya dengan jayanya...Yessss!!!