My Novel

Monday, February 23, 2009

Minta perhatian!!!.:Penukaran laman blog....

Minta perhatian kepada semua...(Chewah!!!)...Dalam sekitar bulan March, saya akan menukar alamat blog saya dari ezra-sweetworld.blogspot.com kepada ezi-sweetworld.blogspot.com. Penukaran ini adalah disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan dan di dalam proses kemaskinikan blog ini. Sekiranya anda semua tak dapat masuk ke alamat ini, bermakna ianya sudah di tukar. Harap maklum. Teima kasih!!!...:)

Friday, February 20, 2009

Cepat-cepat tengok Upin & Ipin!!!!


Hujung minggu lalu saya beserta family pergi menonton 'Pengembaraan geng' di Melaka Mall. (Termasuk mak ngan ayak saya-setelah dipujuk). Sebenarnya kami dah lama buat perancangan. Maklumlah, bukannya senang nak kumpul adik beradik. Ada yang kerja malam, ada yang kerja pagi. Akhirnya kami sepakat prgi sabtu lepas.
Tak sangka pula Sabtu itu jatuh pada 14 Frb. Orang?...Fuh!!! Punyalah ramai. Tapi, oleh kerana kami menonton filem upin dan ipin, ramai yang datang bawa family. Dari golongan tua, remaja serta anak-anak kecil, semuanya ada. Tiket pukul 10.30 malam, tapi kami masuk pukul 10.45 malam.
Semasa cerita disiarkan, panggung dipenuhi dengan gelak tawa para penonton. kelakar, seronok, mendebarkan. Itulah yang saya boleh katakan mengenai cerita 'pengembaraan geng'. Cerita itu diselitkan dengan pelbagai lawak, dari segi watak yang ada dan aksi-aksi haiwan seperti lembu, ayam angsa dan banyak lagi.
Mendebarkan apabila 'geng' dikejar binatang liar. Sungguh mendebarkan!. Ada gak yang terjerit-jerit ketika pengembaraan itu.
Setelah habis menonton, rasa macam nak tengok lagi. Dari lima bintang saya bagi enam. Hehehe...Bagi siapa yang belum tengok, pergilah tengok. Pasti tak mengecewakan!. Tahniah kepada semua yang menjayakan 'pengembaraan geng'. Betul...betul...betul!!!!

Tuesday, February 17, 2009

Ragam 4 : Bodoh Sombong...

Kisah ini berlaku sewaktu saya berkerja di makmal swasta di bandar beberapa tahun yang lalu. Sedang saya dan seorang rakan saya berbual-bual, tiba-tiba rakan saya yang seorang lagi memanggil saya. Dia bertanyakan ujian arah LEPEX. Dia kurang mahir kerana dia hanya customer service. Sewaktu dia tanya, saya tercengang-cengan juga. LEPEX?. Test apa tu?. Saya tak pernah dengar. Lalu rakan saya ni suruh saya bersua muka dengan lelali berkenaan.
Di kaunter depan, saya terlihatkan seorang lelaki yang tidaklah terlalu tua dan bukanlah muda. saya bertanya kepada dia, ujian darah apa yang dia nak buat.
" LEPEX." Katanya yakin.
" LEPEX?." Saya bertanya kembali. Takut-takut tersalah dengar.
" LEPEX awak tak tahu ke?." Dia bertanya lagi dengan nada sombong.
Terus terang saya katakan selama saya bekerja yang hanya beberapa tahun, saya tidak pernah mendengar ujian darah seperti itu.
" Boleh saya tahu ada apa dalam test LEPEX tu?." Saya masih bertanya dengan hormat. customer lah katakan...
" Itu dalam ada test Cholesterol, yang baik, yang jahat..." Ujarnya lagi.
" Oh, itu test LIPID." Ujar saya setelah faham ujian apa yang dimaksudkan, iaitu LIPID. Satu ujian untuk check Cholesterol dalam darah.
" Bukanlah. Itu L.I.P.I.D. Bunyinya LEPEX. You tak belajar ka?. You kelulusan apa?." Lelaki itu masih mahu menegakkan benang yang basah. Dia masih mahu katakan yang dia adalah betul.
Saya terus memberitahu dia kelulusan saya. Kemudian dia senyap. Tapi cara dia pandang saya macam tak puas hati. Kemudian saya kata.
" Kat sini kami panggil LIPID." Kata saya menyedapkan hati lelaki itu. Mungkin ada tempat lain yang memanggil ujian berkenaan seperti yang disebut lelaki itu yang saya tak tahu. Akhirnya, lelaki itu pergi tanpa membuat apa-apa ujian. Saya dan rakan-rakan saling berpandangan.
Tak lama selepas itu, saya terus bertemu doktor bertanyakan tentang sebutan selain LIPID. Manalah tahu saya tak tahu. Namun, jawapan doktor sama dengan pemahaman saya. Ternyata lelaki itu sudah tersilap namun ego untuk menerima kesilapannya. Hai, entahlah....

Thursday, February 5, 2009

Ragam 3 : Hanya kerana 1 sen???

Cerita ini sudah lama berlaku..dalam tahun lepas...tapi saya tergerak untuk memasukkannya ke dalam blog saya...ketika itu saya sekeluarga sedang makan malam...kebiasaannya family saya suka bekumpul di meja makan...sambil makan sambil bercerita.
Adik saya mula membuka cerita kisah yang berlaku di tempat kerjanya...Adik saya yang ketiga bekerja di sebuah farmasi...katanya semasa kawannya (cashier) sedang bertugas, adalah seorang lelaki tua cina membuat bayaran untuk barang yang dibeli...nak dipendekkan cerita, baki wang pulang lelaki berkenaan kurang 1 sen. Cashier ini berkata tak ada duit 1 sen dalam simpanan diaorang untuk dipulangkan...tapi lelaki berkenaan nak jugak duit dia yang 1 sen itu...Hendak pulang 5 sen dia tak mahu...nak 1 sen gak...Cashier ni mula pening kepala...mana nak cari 1 sen?...
Orang ramai dah menunggu untuk bayar...lelaki berkenaan masih tak mahu berganjak selagi tak pulangkan 1 sen...akhirnya, pelanggan di belakang lelaki berkenaan tiba-tiba menghulurkan duit 1 sen kepada lelaki berkenaan dan lelaki tersebut terus pergi selepas mendapat duitnya...
Erm...apa komen korang?...